Tentang saya

Siapa saya

Seorang software engineer by background, entrepreneur by accident, dan sekarang banyak masa saya habiskan dekat intersection antara business, technology dan problem solving.

Saya start coding sejak umur 11 tahun. Dari situ saya pernah buat macam-macam. Jadi developer, tolong run ads, kerja buat business development, manage project, build SaaS, jual digital products, dan akhirnya jadi full-time solopreneur.

So saya tak tengok software dari sudut coding semata-mata.

Cara saya fikir

Software bukan sekadar features

Bila orang datang cakap:

“Saya nak buat system.”

Benda pertama yang saya fikir bukan framework apa nak pakai. Saya nak tahu dulu:

  • Apa sebenarnya problem dekat operation?
  • Dekat mana kerja duplicate?
  • Apa benda staff masih buat manual?
  • Apa yang sekarang duduk dalam Excel, WhatsApp, Google Sheet atau kepala seorang staff je?
  • Dan paling penting: kalau kita build system ni, apa yang actually jadi lebih baik untuk business?

Sebab saya percaya software bukan sekadar collection of features. Software yang bagus sepatutnya buang friction, kurangkan kerja manual, bagi visibility dan make the business easier to operate.

Saya banyak bekerja dengan Python, Laravel, PHP, MySQL, React, Next.js dan TypeScript. Tapi tech stack bagi saya cuma tools.

Saya lagi interested dengan benda macam:

  • How should the workflow work?
  • What should we automate?
  • What data matters?
  • What does the user actually need?
  • Dan patut ke benda ni dibina in the first place?

Masalah apa yang boleh kita selesaikan?

Produk & eksperimen

Benda yang saya build

Selain custom system development, saya juga suka build products sendiri.

Antara benda yang saya pernah build termasuk SaaS, education platform, digital learning products dan macam-macam mini tools yang selesaikan satu specific problem.

  • Ada yang jalan.
  • Ada yang buat duit.
  • Ada yang mati bila market berubah.
  • Dan ada yang ajar saya bahawa product yang technically bagus pun tak semestinya business yang bagus.

Sekarang ni saya masih lagi buat macam-macam. Kadang-kadang system untuk business. Kadang-kadang SaaS. Kadang-kadang small tools yang saya rasa useful. Dan kadang-kadang saya cuma explore idea untuk tengok:

“Kalau benda ni wujud, adakah hidup atau kerja seseorang boleh jadi lebih senang?”

Website ni basically tempat saya kumpulkan semua benda tu. Apa yang saya build. Apa yang saya belajar. Apa yang saya fikir tentang software, business, marketing dan product. Dan mungkin beberapa eksperimen pelik yang saya decide nak ship dekat internet.

Apa saya boleh buat

  • Mobile apps — Android & iOS
  • Website
  • ERP system
  • Dashboard
  • Management system
  • Workflow automation

Kalau kau ada business problem yang rasa macam “benda ni sepatutnya boleh automate”, atau ada idea system tapi tak pasti macam mana nak translate kepada technical solution… boleh sembang dengan saya.

Nak buat system? WhatsApp saya di sini
← Balik ke home